Saturday 31 March 2018

sistem pendidikan

salam damai untuk semua pembaca blog.

kali ini saya nk kupas pasal sistem pendidikan di negara kita. awal tahun ni saya menghantar anak perempuan saya masuk sekolah darjah 1 dimana sekolah yang sama pada zaman saya belajar. perubahan dari segi bangunan tidak banyak berubah kecuali telah ada surau. tapi yang paling ketara saya nampak ialah pada zaman saya sekolah saya boleh jumpa dan berkawan dengan  bangsa cina dan india sehingga habis sekolah, tapi kini di zaman anak saya langsung tiada bangsa lain. bangsa lain telah memilih sekolah mereka sendiri seperti SJKC untuk bangsa cina dan SJKT untuk bangsa india. kenapa ini berlaku? bagaimana perpaduan dapat dibentuk? bagaimana kita boleh membendung masalah perkauman?

kenapa kita tidak disatukan untuk menjadi orang malaysia? bagaimana kita hendak mengenali dan memahami bangsa-bangsa lain sekiranya diasingkan? 
adakah bangsa lain takut anak mereka bersekolah dengan anak kita atau mereka rasa sistem pendidikan di SRK atau SMK bermasalah? adakah kerajaan memang nak mengasingkan kita atas sebab agenda mereka? marilah kita fikirkan bersama persoalan ini.

pada zaman sekolah saya sering berlaku pergaduhan antara melayu dan india. adakah sebab ini?
bagi saya tidak kerana yang bergaduh adalah sekelompok samseng sekolah dan bukan keseluruhan. disini apa yang perlu dibuat sebenarnya ialah mengasingkan mereka yang samseng suka bergaduh ini dan bukannya mengasing bangsa-bangsa. di sekolah seaharusnya menekan semangat perpaduan dan ibubapa seharusnya tidak menunjukkan sifat perkauman mereka kepada anak-anak kerana ini secara tidak langsung anak mereka akan bermusuh dengan bangsa lain. seperti tajuk awal sebelum ini, saya telah jelas kan bagaimana kita di 'mind control' untuk membuat keputusan.

jadi jika bukan sebab diatas rasanya pengasingan ini terjadi kerana perancanggan dan agenda orang yang menguasai sistem pendidikan negara kita. siapakah mereka yang ingin perkara ini terjadi?
adakah menteri pendidikan? pengarah jabatan pendidikan? perdana menteri? agong? atau seseorang yang lebih berkuasa ke atas mereka?
jika ada "orang" apakah tujuan sebenar mereka?
bagi saya tujuan mereka memang menjadikan kita bersifat perkauman atas prinsip 'divide and rule'
untuk mereka memerintah mereka memerlukan huru-hara berlaku dan hanya mereka ini sahaja boleh menyelesaikan masalah ini dan akhirnya kita hanya bergantung kepada mereka.

pembaharuan yang baik bagi saya ialah tidak mengasingkan lagi pelajar mengikut tahap IQ mereka.
kereana bagi saya budak-budak adalah sama dan yang membezakan mereka ialah kematangan. ada budak yang matang awal jadi kita nampak mereka bijak dan sebaliknya. ini disebabkan hormon dan juga beza bulan kelahiran. sifat fitrah mereka adalah sama. seharusnya mereka tidak tertekan semasa pembelajaran. sebenarnnya yang perlu kita ajar mereka ialah asas-asas hidup dengan baik seperti kebersihan, hormat-menghormati, menyayangi kehidupan, disiplin, 'survival' dan juga kesihatan diri.
subjek asas yang perlu diajar ialah bahasa penghantaran BM & BI, matematik, sains, seni, dan muzik.
pada saat ini apa yang mereka hendak ialah bermain kerana itulah fitrah budak yang tidak patut kita halang. main juga dapat mengembangkan pemikiran mereka. setelah habis sekolah rendah, barulah kita memecahkan mereka atas bakat dan kesukaan mereka. pada masa itu mereka telah dapat berfikir dan menunjukkan minat mereka pada masa ini ibubapa mesti mesti memberi sokongan keatas anak mereka. ada yang suka berniaga, muzik, sains, dan lain-lain cabang. jadi tugas guru membantu mereka mencapai apa yang mereka cita-citakan dan bukannya kita yang menetapkan untuk mereka. bagi mereka membuat keputusan kerana ini adalah hidup mereka. berjaya atau tidak pada masa hadapan bukan nya hak kita menentukannya.


Saturday 20 January 2018

Damai Untuk Semua

Tiba-tiba rasa nak buat blog. sebab nak luahkan apa yang ada dalam permikiran macam tajuk yang diberi untuk blog ini. so sesiapa yang tersesat masuk baca dalam blog tolong jangan kecam aku, kerana setiap orang ada pegangan, cara hidup, pengalaman, perwatakan dan wahyu yang berbeza-beza.

Tiada siapa yang betul termasuk aku jika tidak dapat membuktikannya. so kita santai saja. kenapa semua orang berlainan antara satu sama lain? kenapa jadi begitu? dan kebanyakkan pergaduhan dan peperangan berlaku atas sebab kita berlainan antara satu sama lain. tak kira siapa pun pasti ada rasa orang lain salah dan hanya kita yang betul.
so bagi aku ada sebab-sebabnya kita berlainan seperti yang aku cakap kat atas (bold word)

1. pegangan boleh dipengaruhi oleh faktor agama, bangsa, politik, rakan dan guru kita. (semua dari manusia)

2. cara hidup boleh dipengaruhi oleh faktor keluarga, keadaan hidup contoh miskin dan kaya, budaya dan fitrah kita sebagai manusia. (semua dari keadaan sekeliling kita)

3. pengalaman boleh dipengaruhi apa yang kita lalui sepnajang hidup kita melalui pemerhatian, alami dan merasai sendiri. (semua dari diri kita sendiri)

4. perwatakan boleh dipengaruhi oleh genetik (ini yang telah disetkan dalam diri)

5. dan wahyu adalah ilmu yang diilhamkan oleh tuhan kepada kita (ilmu milik tuhan)

point di atas lah penyebab kenapa kita semua berlainan antara satu sama lain dan hanya 1 je boleh menyatukan kita semua iaitu wahyu kerana ianya mutlak dari TUHAN.
perintah tuhan adalah sama kepada setiap nabi, rasul dan kita semua. ni nanti aku buka tajuk lain hehe. banyak nak dihuraikan. kang korang salah faham pulak.

apa yang dari manusia adalah mind control. mereka nilah yang membisikkan ke dalam hati manusia supaya membuat apa yang mereka kehendaki tanpa kita sedari. pada zaman moden ini lebih mudah melakukan mind control kepada semua dengan adanya media massa.
jika orang tu jahat kita pun akan mengikut jahat dan sebaliknya.

agama adalah: There is no scholarly consensus over what precisely constitutes a religion.[1][2] It may be defined as a cultural system of designated behaviors and practices, world viewstextssanctified placesprophesiesethics, or organizations, that relate humanity to the supernaturaltranscendental, or spiritual.

kenapa ada pelbagai agama yang dianuti kini? hindu, buddha, yahudi, kristian dan paling muda islam (mengikut zaman tercipta) dan Agama lain yang jarang kita dengar seperti majusi, zoroster, dan lain-lain.
seterusnya dalam islam pun ada pecahan sunni dan shiah dan dalam sunni juga terdapat pecahan seperti mazhab2 dan shiah mengikut imam2 mereka.
kristian pula terpecah kepada vatican, ortodoks dan katolik.
agama lain pun terdapat pecahan mereka. Sangat banyak bukan?
setiap agama ada perintah (mind set) yang berbeza dan memusuhi antara satu sama lain tetapi ada persamaan dalam ritual. setiap agama ada tuhan2 meraka sendiri tapi bukankah tuhan itu esa?
pening bukan, takpe nanti saya buka tajuk baru untuk point agama kerana agama adalah bab paling senstitif untuk masyarakat kita.

apa yang kita tahu dengan politik?
politik adalahPolitics (from Greek: πολιτικα: Polis definition "affairs of the cities") is the process of making decisions that apply to members of a group, it refers to achieving and exercising positions of governance — organized control over a human community, particularly a state. Furthermore, politics is the study or practice of the distribution of power and resources within a given community (this is usually a hierarchically organized population) as well as the interrelationship(s) between communities.

atau bahasa mudah orang yang ingin mengawal orang lain. seorang ketua yang menpunyai idiologi akan menubuhkan sebuah kumpulan untuk menyebarkan idiologi dia dan mencapai matlamat mereka. pada masa kini kita menggunakan sistem demokratik untuk menyampaikan idiologi ketua mereka. 

idiology adalahIdealogi merupakan sistem kepercayaan yang menjadi asas kepada tingkah laku seseorang. Pada lazimnya ia merujuk kepada set kepercayaan yang menggerakkan suatu pergerakkan politik dan sosial.
Menurut Ensiklopedia Brittanica, ideologi dimaksudkan sebagai “salah satu item yang membentuk keperluan mental dan jasmani individu yang membentuk sesebuah masyarakat serta meliputi permasalahan politik, sosial, ekonomi dan perkara yang bersangkut paut dengan sejarah dan sosio-geografi manusia”.
Kamus Dewan Edisi Ketiga pula menafsirkan maksud ideologi adalah “fahaman (ajaran) yang dipakai atau dicita-citakan untuk dasar pemerintahan dan lain-lain tujuan”.
tanpa kita sedari kita pun mengikut ideologi parti yang kita pilih. setiap parti menpunyai ideologinya sendiri. jika ideologi mereka baik, baik lah kita dan sebaliknya, tetapi disebab kan ideologi ni tadi kita bermusuhan antara satu parti dan parti yang lain.

rakan dan guru adalah orang yang paling rapat mempengaruhi kita kerana kita banyak meluangkan masa bersama mereka. sekiranya terdapat masalah kebanyakkan kita akn merujuk kepada rakan atau guru kita tadi (ulamak juga termasuk dalam guru) apa jua pandangan mereka kita akan rasa betul kerana tak mungkiin mereka salah dan berniat jahat kepaida kita. apa-apa pun mereka ni lah yang boleh menghasut kita menjadi seperti mereka. contoh jika kita berkawan dengan pencuri kita juga akan jadi pencuri.

mereka ni lah yang menghasut kita berpegangan seperti mereka dan akhirnya kita akan membuat keputusan atas dasar mereka. dan terjadi lah ungkapan 'hanya aku yang betul dan orang lain salah'

seterusnya ialah cara hidup seseorang dan yang paling dekat dengan kita adalah keluarga kerana kita bersama dari lahir hingga lah hujung nyawa kita. jadi apa yang kita buat sekarang adalah hasil tiru dari mak ayah kita. kerana bagi kita ibu bapa orang yang paling betul dan boleh dipercayai. dan mereka lah paling tahu yang terbaik untuk kita. (sebenar mereka juga tidak tepat dan sempurna kerana permikiran mereka juga dipengaruhi oleh faktor2 yang point aku sebutkan) tugas ibu bapa lah membentuk anak2 mereka.

keadaan hidup seseorang juga mempengaruhi dalam membuat keputusan, sering kali kita lihat pandangan orang miskin dan kaya berbeza, orang bandar dan kampung berbeza, ini kerana suasana kehidupan mereka berbeza. mereka akan berpihak kepada suasana mereka hidup. orang kaya tidak akan mungkin mendengar pandangan orang miskin kerena mereka tidak merasai keperitan yang dihadapi oleh orang miskin.

budaya adalah: Culture (/ˈkʌlər/) is the social behavior and norms found in human societies. Culture is considered a central concept in anthropology, encompassing the range of phenomena that are transmitted through social learning in human societies. Since 2010, Culture is considered the Fourth Pillar of Sustainable Development by UNESCO[1]. More: Agenda 21for Culture or in short Culture 21.

budaya setiap masyarakat adalah berbeza. contoh budaya masyarakat malaysia yang majmuk boleh rujuk: https://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yang-berdaulat/adat-dalam-masyarakat-malaysia-dan-kepentinganya/

budaya diertikan sebagai adaT pada setiap bangsa dan terdapat pepatah mengatakan 'biar mati anak jangan mati adat'. jadi seseorang pasti akan pertahankan adat yang dipegang walaupun salah di mata orang lain.

bagi saya Fitrah adalah perkara asas yang sama pada setiap manusia dan fitrah juga lah yang mengikut sunnatuallah yang telah ditetapkan oleh tuhan. maksudnya tanpa kita pelajari kita kan tahu akibat nya contoh seperti sekiranya kita berada di bangunan yang tinngi jika kita terjun pasti akan jatuh kebawah dan dan tak akan mungkin terapung atau terbang. contoh kedua: sekiranya kita dalam air pasti kita akan lemas. contoh ketiga: lelaki pasti tertarik dengan perempuan dan sebaliknya. semua manusia tahu akan perkara ini. fitrah ini lah menjadikan kita manusia.

Pengalaman adalah apa yg kita rasai/lalui sepanjang hidup kita. dengan pengalaman membuatkan kita lebih matang untuk membuat keputusan kerana tidak akan membuat keputusan yang silap untuk kali kedua. dengan pengalaman juga menjadikan kita seorang yang mepunyai kemahiran dan pengetahuan. setiap orang menpunyai pengalaman tersendiri dan berbeza. 
dalam masyarakat melayu sering kali mengggunakan istilah 'lebih makan garam' menunjukkan beliau mempunyai banyak pengalaman berbanding orang muda.

perwatakan adalah sikap seseorang. sesetengah orang baran (cepat marah) ada orang lemah lembut, ada orang confident level tinggi dan macam-macam lagi. semua ni disebabkan genetik (rahsia diri). penah dengar 'nak kenal tuhan kena kenal diri dulu' ini lah hint dia (nanti buka post lain bab ni)
so kita tak boleh salah seseorang kenapa dia macam tu kerana itulah watak dia yang tak boleh diubah. kita tak boleh samakan orang lain dengan kita tapi fitrah kita sama.

dan yang terakhir ialah wahyu. dari mana datangnya ilmu-ilmu yang kita tak penah pelajari tiba-tiba kita tahu? penah tak korang rasa benda yang kita buat selama tni salah selepas kita mendapat kesedaran melalui wahyu tadi. betul ke otak yang mendapatkan pelbagai idea dan ilmu yang tanpa disangka-sangka? bagi aku wahyu ni adalah kesedaran atau arahan kepada kita dari tuhan. tetapi selagi kita memiliki sifat iblis (ingkar, sombong dan berilmu) tak mungkin kita akan mendengar wahyu ini.

kesimpulan

setiap orang ada pendapat dan alasan atas pilihan yang dibuat kerana faktor-faktor yang aku sebutkan. bagi aku keputusan yang dibuat sebenarnya tidak tepat dan sememangnya kita tidak tahu. kita 'just do try and error' dan kita tak boleh salahkan sesiapa pun atas pilihan atau pandangan mereka sendiri.
yang perlu kita tahu setiap keputusan kita ada akibatnya atau dipanggil hukum karma. kalau baik dibalas baik (jannah), jahat dibalas jahat (naar).

apa yang perlu kita cari ialah damai