kali ini saya nk kupas pasal sistem pendidikan di negara kita. awal tahun ni saya menghantar anak perempuan saya masuk sekolah darjah 1 dimana sekolah yang sama pada zaman saya belajar. perubahan dari segi bangunan tidak banyak berubah kecuali telah ada surau. tapi yang paling ketara saya nampak ialah pada zaman saya sekolah saya boleh jumpa dan berkawan dengan bangsa cina dan india sehingga habis sekolah, tapi kini di zaman anak saya langsung tiada bangsa lain. bangsa lain telah memilih sekolah mereka sendiri seperti SJKC untuk bangsa cina dan SJKT untuk bangsa india. kenapa ini berlaku? bagaimana perpaduan dapat dibentuk? bagaimana kita boleh membendung masalah perkauman?
kenapa kita tidak disatukan untuk menjadi orang malaysia? bagaimana kita hendak mengenali dan memahami bangsa-bangsa lain sekiranya diasingkan?
adakah bangsa lain takut anak mereka bersekolah dengan anak kita atau mereka rasa sistem pendidikan di SRK atau SMK bermasalah? adakah kerajaan memang nak mengasingkan kita atas sebab agenda mereka? marilah kita fikirkan bersama persoalan ini.
pada zaman sekolah saya sering berlaku pergaduhan antara melayu dan india. adakah sebab ini?
bagi saya tidak kerana yang bergaduh adalah sekelompok samseng sekolah dan bukan keseluruhan. disini apa yang perlu dibuat sebenarnya ialah mengasingkan mereka yang samseng suka bergaduh ini dan bukannya mengasing bangsa-bangsa. di sekolah seaharusnya menekan semangat perpaduan dan ibubapa seharusnya tidak menunjukkan sifat perkauman mereka kepada anak-anak kerana ini secara tidak langsung anak mereka akan bermusuh dengan bangsa lain. seperti tajuk awal sebelum ini, saya telah jelas kan bagaimana kita di 'mind control' untuk membuat keputusan.
jadi jika bukan sebab diatas rasanya pengasingan ini terjadi kerana perancanggan dan agenda orang yang menguasai sistem pendidikan negara kita. siapakah mereka yang ingin perkara ini terjadi?
adakah menteri pendidikan? pengarah jabatan pendidikan? perdana menteri? agong? atau seseorang yang lebih berkuasa ke atas mereka?
jika ada "orang" apakah tujuan sebenar mereka?
bagi saya tujuan mereka memang menjadikan kita bersifat perkauman atas prinsip 'divide and rule'
untuk mereka memerintah mereka memerlukan huru-hara berlaku dan hanya mereka ini sahaja boleh menyelesaikan masalah ini dan akhirnya kita hanya bergantung kepada mereka.
pembaharuan yang baik bagi saya ialah tidak mengasingkan lagi pelajar mengikut tahap IQ mereka.
kereana bagi saya budak-budak adalah sama dan yang membezakan mereka ialah kematangan. ada budak yang matang awal jadi kita nampak mereka bijak dan sebaliknya. ini disebabkan hormon dan juga beza bulan kelahiran. sifat fitrah mereka adalah sama. seharusnya mereka tidak tertekan semasa pembelajaran. sebenarnnya yang perlu kita ajar mereka ialah asas-asas hidup dengan baik seperti kebersihan, hormat-menghormati, menyayangi kehidupan, disiplin, 'survival' dan juga kesihatan diri.
subjek asas yang perlu diajar ialah bahasa penghantaran BM & BI, matematik, sains, seni, dan muzik.
pada saat ini apa yang mereka hendak ialah bermain kerana itulah fitrah budak yang tidak patut kita halang. main juga dapat mengembangkan pemikiran mereka. setelah habis sekolah rendah, barulah kita memecahkan mereka atas bakat dan kesukaan mereka. pada masa itu mereka telah dapat berfikir dan menunjukkan minat mereka pada masa ini ibubapa mesti mesti memberi sokongan keatas anak mereka. ada yang suka berniaga, muzik, sains, dan lain-lain cabang. jadi tugas guru membantu mereka mencapai apa yang mereka cita-citakan dan bukannya kita yang menetapkan untuk mereka. bagi mereka membuat keputusan kerana ini adalah hidup mereka. berjaya atau tidak pada masa hadapan bukan nya hak kita menentukannya.